Sejarah Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam, Miri
Sekolah yang pertama di Kampung Bakam ialah Sekolah Melayu Kampung Bakam yang dibina dalam tahun 1957.
Tempatnya ialah berhampiran kawasan Balai Raya Kampung Bakam sekarang.
Pembinaan adalah atas persetujuan mesyuarat komuniti kampung.Bangunan sekolah dibuat daripada kayu yang diambil dari hutan berdekatan dan beratapkan daun nipah.Kos pembinaan adalah sumbangan penduduk kampung dan dianggarkan sebanyak RM200.00 hingga RM300.00.Bilangan pelajar adalah dalam lingkungan 50 hingga 80 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.Guru Besar yang pertama ialahb Encik David Solo yang juga merupakan guru tunggal di sekolah pada masa itu.
Memandangkan kawasan sekolah berhampiran laut dan sungai serta sering dilandir banjir,maka Guru Besar kedua Encik Hj.Taie Bin Brahim mengemukakan masalah tersebut dan akhirnya mendapat kelulusan untuk memindahkan sekolah tersebut ke tapak yang ada sekarang.Pembinaan bermula dalam tahun 1962 dan mula beroperasi dalam tahun 1963,Kos pembinaan kali ini ditanggung oleh Jabatan Pelajaran.
Keadaan tanah di kawasan sekolah yang baru pada awalnya adalah tidak menentu,berpaya dan berbukit.oleh yang demikian,bukit tersebut pun diratakan dan kawasan berpaya pula ditembok.ketika itu,hanya satu blok bangunan sekolah dan sebuah kuartes guru saja dibina.Sebuah blok bangunan sekolah lagi dibina pada awal tahun 1970.Dalam tahun 1980 beberapa unit kuartes guru pula didirikan.
Pada tahun 1992,barulah sekolah menerima bekalan lektrik serta dipasangkan dengan kemudahan seperti lampu kipas angina.Pada bulan Disember 1994,kemudahan fizikal sekolah berubah.Tingkapnya diubahsuai manakala atapnya yang dibuat daripada asbestos ditukar kepada spandex.Blok lama turut ditambah kiraa-kira 18 meter dan kini dijadikan Pejabat Guru dan Guru Besar.Turut dibina ialah berek berkembar bagi keselesaan guru-guru yang mengajar disini.
Pada pertengahan tahun 2002,sekolah ini baru mendapat bekelan air paip,2 unit kuartes guru(3 bilik)juga dibina untuk menggantikan kuartes pertama yang telah usang.Pada tahun 2003,S.K Kampung Bakam di Naik Taraf menjadi sekolah Gred A (Luar Bandar).